Showing posts with label Racist rantings. Show all posts
Showing posts with label Racist rantings. Show all posts

Monday, August 27, 2007

Freedom of speech?

Continuing on the theme of me last posting, I would like to clarify how I have slowly changed my world view. It is largely thanks to fooking wankers like Awang below whose rantings are par fer the course in the Malay newspapers - who says freedom of speech is dead in this country, eh?

Incredible that shite like this passes fer "social commentary" on a daily basis in certain national newspapers. And the authorities say bloggers are guilty of sedition . . .

My fellow Malaysian, read & weep
. . .

From Utusan: (This was posted on the mywordup community group email)
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
SEJAK beberapa hari lalu, akhbar ini menerima banyak reaksi orang Melayu yang melahirkan rasa marah dan resah terhadap beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu. Hanya beberapa komen pembaca daripada sekian banyak e-mel dan SMS yang diterima, dapat disiarkan. Hujah dan nada reaksi itu semuanya mahu kerajaan jangan tunduk kepada tekanan dan tuntutan. Awang sendiri tidak suka isu-isu sensitif itu terus panas dan berpanjangan. Mungkin elok ia diredakan, lebih-lebih lagi dalam semangat menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-50.

Apa pun, gelombang reaksi orang Melayu ini tidak boleh diambil mudah oleh mana-mana pihak. Ketika ada tanggapan kononnya orang Melayu kian leka, sebenarnya terserlah 'kebangkitan' masyarakat Melayu dalam isu-isu terbaru ini. Awang rasa ini mesej yang cukup jelas. Lagipun wajarkah kita mahu musnahkan apa yang telah dibina selama ini?

Setelah orang Melayu membuktikan pengorbanan dan banyak beralah untuk keharmonian masyarakat majmuk, mereka cuma mahu dibalas dengan pegangan kuat rakyat semua kaum kepada perlembagaan negara dan kontrak sosial. Awang – Mahu kekal harmoni.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG terkejut dengan tuntutan Hindu Rights Action Force (HINDRAF), sebuah NGO kaum India yang mahu hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan mendakwa kaum India dipinggirkan oleh kerajaan BN.

Pada Awang, NGO itu sudah melampau. Sedarkah mereka bahawa nasib kaum India di Malaysia jauh lebih baik berbanding negara lain termasuk di India sendiri. Awang cabar HINDRAF supaya berhijrah dan tinggal di negara lain, yang mereka fikir lebih baik.

Tindakan HINDRAF hanya akan mengundang gelombang kemarahan masyarakat bumiputera yang sudah begitu banyak beralah untuk kaum minoriti atas nama kontrak sosial. Sedarkah bahawa masih ramai orang Melayu dan bumiputera yang miskin terutama di luar bandar. Mereka setia menyokong kerajaan sejak merdeka lagi. Kalau diikutkan, mereka lagi berhak membuat pelbagai tuntutan. Ingatan Awang, jangan sampai orang Melayu hilang sabar dan akhirnya memudaratkan semua pihak.

Dakwaan HINDRAF tentang isu kuil juga, sama sekali salah. Di negara inilah, terdapat begitu banyak kuil seolah-olah orang India merupakan kaum induk. Mahu apa lagi?

Awang – Membara dalam diam.

PS: Unfortunate truth is that too many Malaysians share this fooking wanker's sentiments of "don't like it, please get lost" . . . sigh . . . The Third Reich lives on . . .